CariJob Logo
#ASEANJobs#MalaysiaRecruitment#CrossBorderEmployment#HRTech#TalentSolutions#JobPortal#VisaAndWorkPermit#FutureOfWork

CARIJOB REALISASI IMPIAN PENCARI KERJA

CariJob
May 21, 2026
02:20 PM

MAJLIS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) wakil CariJob dengan beberapa agensi bertujuan menjalin kerjasama strategik.

Share Article

CARIJOB REALISASI IMPIAN PENCARI KERJA

Johor Bahru: Platform kerjaya, CariJob berusaha merealisasikan impian pelbagai lapisan pencari kerja bagi merebut tawaran peluang pekerjaan dalam negara mahupun rentas sempadan khususnya di rantau Asia Tenggara.

Pengasasnya, CM Kong berkata, platform berkenaan menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat serantau bagi mewujudkan peluang kepada pencari kerja meneroka kerjaya bersesuaian.

Beliau berkata, CariJob mampu menghubungkan pencari kerja dan majikan dengan pantas dan lancar selain memacu pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara, khususnya mempromosi peluang pekerjaan menarik merentas sempadan.

Menurutnya, ia juga membantu majikan mencari bakat antarabangsa dan memberi peluang kepada pencari kerja meneroka kerjaya tanpa batasan geografi.